Friday 23 September 2016

DUA 2012 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN 
& KEMUDARATAN HENDAKLAH HILANGKAN



JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
DET 2
JULAI 2016


NAMA PENSYARAH: USTAZ SUFFIAN BIN MOHD FABILAH


NAMA PELAJAR: 
  1. MUHAMMAD HAFIZ BIN ABDULLAH (25DET15F2024)
  2. SUHAIMI BIN RIDUANSA (25DET15F2022)
  3. AHMAD FARITH BIN MD NORDIN (25DET15F2029)
  4. MUHAMMAD HANIF BIN FAISAL (25DET15F2034)


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
2.0 PENDAHULUAN
3.0 KONSEP ASAS KEPADA FIQH DAN APLIKASIHNYA
4.0 KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDARATAN
      4.1.1 Perbincangan Kaedah
      4.1.2 Pecahan Kaedah
      4.2.3 Aplikasi Kaedah
5.0 KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN
      5.1.1 Keadaan Darurat Menghampuskan Perkara Yang Dilarang (al-Dharurah Tubih al-Makhzurah)
      5.1.2 Sesuatu Yang Diharuskan Kerana Darurat Dihadkan Menurut Kadar Darurat Sahaja (al-Dharurah Tuqaddir bi Qadaraiha)
      5.1.3 Kemudaratan Tidak Boleh Dihilangkan Dengan Kemudaratan (al-Daharar La Yuzal bi al-daharar)
      5.1.4 Kemudaratan Yang Lebih Berat Dihilangkan Dengan Kemudaratan Yang Lebih Ringan (al-Dharar al-assyad Yuzi bi al-dhirar al-akhir)
      5.1.5 Menolak Kemudaratan Adalah Lebih Utama Daripada Mengambil Kebaikan (Dar' al-Mafasad Awla Min Jalb al-Masalih)
      5.2. Aplikasih Kaedah
KESIMPULAN
LAMPIRAN
      




1.0 PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kehadrat illahi, dengan keizinannya dapat kami selesaikan e-folio ini yang bertajuk"KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN KERINGANAN & KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN" dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas jujungan mulia Nabi Muhammad S.A.W kerana usaha Baginda, kita dapat hidup dengan nikmat iman dan Islam.

Jutaan penghargaan kami tujukan kepada pensyarah kami iaitu, Ustaz Suffian Bin Mohd Fabilah dalam subjek DUA 2012 SAINS, TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM kerana banyak memberikan tunjuk ajar dan panduan demi menjayakan proses penghasilan e-folio ini.Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberi dorongan dan motivasi untuk kami terus berusaha mencapai cita-cita.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan sepanjang pengajian di Politeknik Mersing atas segala sokongan dan kejersama yang telah diberikan. Semoga Allah S.W.T merahmati  kalian.





2.0 PENDAHULUAN

  Kaedah fiqh merupakan satu prinsip utama yang boleh dijadikan sebagai satu panduan umum dalam pembinaan hukum-hukum Islam terutamanya apabila terdapat masalah-masalah baharu yang memerlukan keputusan hukum yang cepat. Prinsip umum ini membolehkan sesuatu masalah baharu yang timbul diselesaikan dengan mudah mengenai hukumnya yang sebenar melalui rujukan kepada sumber-sumber hukum lain. Kaedah fiqh merupakan salah satu sumber yang menjadi panduan dan dasar untuk mengeluarkan pecahan atau cabang hukum dalam Islam dan dijadikan sebagai sumber hukum dan hujah sokogan bagi sesuatu permasalahan. Pengunaan kaedah fiqh tidak akan menafikan nas-nas al-Quran dan hadis tetapi kedua-dua sumber utama tersebut amat penting untuk memahami syariat dan muamalat manusia.

  Kaedah fiqh ini dapat memberikan hukum secara cepat apabila sesuatu permasalahan timbul seperti hukum membunuh ular yang berbisa. Hukum membunuh haiwan yang berbisa seperti ular adalah dibenarkan kerana berbahaya kepada manusia. Bidang sains, teknologi dan kejuruteraan amat memerlukan kaedah fiqh untuk diaplikasihkan kedalam setiap kajiannya. Pengaplikasian ini bertujuan untuk memastikan bahawa setiap kajian yang dilakukan adalah berlandaskan panduan yang telah ditetapkan oleh syarak serta mengutamakan kemaslahatan umum.






3.0 KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA

  Terdapat pelbagai pentakrifan menurut pandangan ulama dahulu dan skarang. Kaedah fiqh adalah gabungan daripada dua perkataan bahasa Arab, iaitu qawaid dan fiqh. Qawaid daripada kata jamak qaidah yang bermaksud asas rumah, tapak atau prinsip. Perkataan kedua, iaitu fiqah membawah maksud al-fahmu, iaitu kefahaman. Manakalah dari sudut bahasa pula, qawaid fiqah ialah kumpulan kaedah atau formula bagi menetukan hukum sesuatu perkara atau isu.

  Menurut istilah syarak pula, kaedah fiqh ialah sesuatu hukum yang secara umumnya terpakai kepada kebayakan masalah-masalah cabang. Dalam istilah perundangan pula, kardah fiqh disebut sebagai 'principle', namun dibentuk dalam perkataan yang amat ringkas dan padat di samping mempunyai makna yang luas bagi mencukupi semua masalah cabang yang berkaitan dengannya.

  Qawaid fighyyah yang terdapat dalam fiqh Islam  bukan dicipta secara sekali gus seperti undang-undang yang digubal oleh pihak tertentu, akan tetapi pemahamannya berubah teks atau nas-nas yang digubal secara beransur-ansur ketika ilmu figh sedang bekembang pesat sekitar kurun ketiga dan keempat Hijrah oleh tokoh-tokoh ulama daripada beberapa mazhab dalam seperti ahli Takhrij iaitu ahli yang mampu ijtihar tetapi mempunyai kefahaman seperti imam al-Razi dan lain-lain.

sumber hukum fiqh



4.0 KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA KEMUDAHAN

   a. MAKSUD KAEDAH
     
     Apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T, maka Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi.

             Jalan keluar tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan tertentu. Contohnya orang yang sakit dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh baring.

   b. DALIL DAN SANDARAN

Sandaran daripada Al-Quran:
                          Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah:185

 يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسْرَ
   
 Maksudnya: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh keudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

                  Firmannya lagi dalam surah yang sama ayat 285:

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.


 Ayat-ayat di atas menjadi bukti bahawa Allah SWT sama sekali tidak akan mewajibkan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh setiap hambanya. Oleh itu, jika berlaku kesukaran, Islam akan memberi jalan keluar bagi mengelakkan kesukaran tersebut.

Sandaran daripada al-Sunnah

         Daripada 'Aisyah katanya; Sesuatu yang diberi kepada Rasulullah antara dua perkara kecuali ia memilihnya yang paling ringan selagi tidak mendatangkan dosa.

        Dalam satu riwayat lain, baginda bersabda yang bermaksud:

    " Sekiranya tidak mendatangkan kesukaran kepada umatku nescaya aku akan perintahkan mereka supaya bersiwak setiap kali ingin mendirikan sembahyang"




4.1.1. PERBINCANGAN KAEDAH



a. SEBAB DIBERIKAN KERINGANAN


  • Orang melakukan perjalanan melebihi dua marhalah dengan kaedah yang paling canggih diberikan keringanan seperti sat jamak dan qasar.
  • Orang yang diuji dengan sakit dibenarkan untuk bertayamun dibenrkan solat dalam keadaan duduk dibolehkan berubat dengan nanjis pada pandangan sebahagian ulama mahzab Hanafi.
  • Orang yang dipaksa melakukan sesuatu perbuatan tanpa kerelaan tidak dianggap berdosa apabila dia melakukan perbuatan paksaan tersebut seperti minum arak, melafazkan kalimah kufur dengan syarat dihati beriman, membunuh dan lain-lain.
  • Orang yang terlupa melakukan sesuatu larangan dianggap tidak brdosa seperti makan, minum, melakukan hubungan suami isteri dalam keadaan terlupa pada siang hari ramadhan.
  • Jahil atau tidak mengetahui sesuatu hukum juga diberikan kemaafan seperti baru memeluk Islam.
  • Kesukaran yang terjadi secara menyeluruh seperti mengkebumikan jenazah yang ramai dalam sebuah kubur apabila ditimpah musibah tsunami dan gempa.
  • Akal yang tidak sempurna kerana gila, kanak-kanak dan hambah.





b. BENTUK KERINGANAN SYARAK
  1. Ulamak telah membahagikan bentuk keringanan kepada beberapa bahagian:
  • Keringanan dengan menggunakana kewajiban seperti tidak wajib menunaikan solat jumaat kerana sakit dan tidak perlu qada' solat bagi perempuan yang didatangi haid dan nafas.
  • Keringanan dengan meringkaskan ibadah seperti mengurangkan bilangan rakaat solat farduh daripada empat kepada dua ketika bermusafir.
  • Keringanan dengan menggantikan cara bersuci seperti menggantikan wuduh dan mandi dengan tayamum.
  • Keringanan dengan mendahulukan solat farduh sebelum waktunya seperti pensyariatan solat jamak takhir.
  • Kelongaran dalam perkara-perkara tertentu seperti diberi maaf najis yang tidak dapat dilihat.

BERMUSAFIR



4.1.2. PECAHAN KAEDAH


  1. Daripada kaedah ini, terbentuk beberapa pecahan iaitu;

        إذَا ضَاقَ الْأَمْرُ اتَّسَعَ

a. Sesuatu perkara apabila tersepit ia menjadikan luas.
  • Contohnya seperti seorang wanita yang kehilangan walinya (tidak diketahui dimana dia berada, hidup atau mati) sedangkan tidak ada wali hakim ditempat itu, maka bolehlah ia melantik seseorang lelaki sebagai wali tahkim bagi mengahwinkan dengan lelaki pilihannya. Selain itu, diharuskan perempuan yang ber'idah keluar rumah apabila keadaan mendesak sepeti bekerja untuk sara hidup.

        إذَا اتَّسَعَ  الْأَمْرُ ضَاق

b. Sesuatu perkara apabila menjadi luas maka ia akan menjadi sempit.
  • Maksudnya apabila darurat telah menimpah seseorang atau jemah, kalau beramai dengan hukum asal yang disyarakkan dalam keadaan biasa akan menyulitkan dan membebankan mereka untuk melaksanakannya, maka kerana itu diberi keringanan dan kemudahan keatas mereka selagi mana darurat itu masih wujud. Inilah makna " sesusuatu perkara apabila tersepit akan menjadi luas ". Tetapi dimaksudkan " apabila mejadi luas sesuatu perkara, maka ia akan menjadi sempit.


4.2 APLIKASI KAEDAH


  • Seseorang yang melancong ke sesuatu tempat dengan niat yang baik dibenarkan untuk melaksanakan solat qasar dan jamak kerana bersama musafir tersebut adanya kesukaran.
  • Musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa dan menggantikannya pada hari yang lain.
  • Keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang yang bermusafir dengan syarat yang tertentu.
  • Seseorang yang sakit diberikan kelongaran untuk solat secara duduk, jika tidak mampu boleh baring, jika tidak boleh baring dibenarkan menggunakan isyarat mata, jika tidak mampu gerakkan mata, maka boleh menggunakan hati.
  • Seseorang yang dalam keadaan darurat dan tidak mampu mendapatkan makanan yang halal atau ketidakadaan makanan selain bangkai atau makanan yang haram maka ia boleh makan makanan yang haram dengan sebab kelaparan dan tidak ada makanan selain itu.
Diberi kelonggaran solat duduk jika tidak mampu melakukan solat dalam keadaan berdiri.


5.0 KEMUDARATAN HENDAKLAH DIHILANGKAN

   Kemudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi mencapai kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama,nyawa,keturunan,akal dan harta. Dalam hal ini, kaedah ini sebenarnya menjelaskan bahawa tiap-tiap perkara yang boleh mendatangkan bahaya dan mudarat hendaklah dihapuskan. Kaedah ini adalah bersumberkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

     "(Islam itu) itu tidak boleh bahaya dan membahayakan".
                                                                                                  (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam kaedah ini, telah dijelaskan mengenai lima kaedah yang keluar daripada kemudaratan yang dihilangkan, iaitu:



5.1.1. Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang (al-Dharurah Tubih al-Makhzurah)

  • Al-Dharurah adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dicapai dengan lima kepentingan asasi manusia bagi seseorang Muslim melainkan dengannya sahaja. 
  • Lima kepentingan asasi itu adalah akal,agama,keturunan,nyawa, dan harta.
  • Sementara al-Makhzurah yang dimaksudkan adalah segala perkara yang terdapat nas syarak yang melarang dan mengharamkannya.
  • Kaedah ini menjelaskan bahawa dalam keadaan tertentu yang darurat,maka kita diharuskan melakukan sesuatu yang pada asalnya dilarang oleh hukum islam.Contohnya, kita diharuskan memakan bangkai kerana ketiadaan makanan.
  • Maksud yang lebih jelas adalah setiap sesuatu yang dilarang pada syarak boleh bertukar menjadi harus dalam keadaan darurat.
  • Oleh itu, keadaan darurat akan mengharuskan sesuatu yang haram yang dinamakan sebagai rukhsah (keringanan/kelonggaran) dalam ilmu Usul Fiqh.


5.1.2. Sesuatu yang diharuskan kerana darurat dihadkan menurut kadar darurat sahaja (Al-Dharurah Tuqaddir bi Qadariha)

  • Islam mengharuskan perkara yang dilarang ketika darurat menolak kemudaratan kepada manusia, tetapi tidak patut bagi seorang muslim mengambil peluang untuk terus-menerus berasa selesa dan senang dengan sesuatu yang haram atas alasan darurat.
  • Kaedah ini membawa maksud bahawa keharusan perkara yang dilarang ketika darurat tersebut adalah mengikut kadar keperluannya.


5.1.3. Kemudaratan tidak boleh dihilangkan kemudaratan (al-Dharar La Yuzal bi al-Dharar)

  • Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu kemudaratan yang dihilangkan atau disingkirkan tidak boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan yang lain sama ada kepada dirinya atau orang lain.
  • Contohnya dalam bidang perubatan, Zahir dan Yazid menghidapi penyakit yang sama dan ubat yang sama antara mereka. Jika ubat itu kepunyaan Yazid, maka tidak harus diambil ubat itu untuk diberikan kepada Zahir.


5.1.4. Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan kemudaratan yang lebih ringan (al-Dharar al-assyad yuzl bi al-dharar al-akhf)

  • Kaedah ini membawa maksud jika kita tiada pilihan lain melainkan pastinya terpaksa menghadapi kemudaratan tersebut, maka hukumnya perlulah dipilih sesuatu yang lebih ringan kemudaratannya.
  • Contohnya, wanita yang hamil telah meninggal dunia namun anak dalam rahimnya masih hidup dan bergerak-gerak, maka dalam Islam dibolehkan melakukan pembedahan perut wanita yang telah meninggal dunia itu untuk menyelamatkan nyawa bayi dalam kandungannya apabila didapati bayi itu ada harapan untuk hidup kerana jika dibiarkan, kemudaratan bayi itu untuk meninggal adalah amat besar.
WANITA HAMIL


5.1.5. Menolak kemudaratan adalah lebih utama daripada mengambil kebaikan (Dar' al-Masafad Awla Min Jalb al-Masalih)

  • Apabila bertembung dengan kemudaratan dan keburukan, maka pada kebiasaannya hendaklah didahulukan dengan menolak keburukan kerana penekanan syarak kepada perkara-perkara larangan melebihi perkara yang ditetapkan.
  • Kaedah ini membawa maksud, jika terdapat pertentangan antara kebaikan dan kemudaratan dalam sesuatu perkara, maka mencegah kemudaratan itu adalah lebih baik daripada mendapat kebaikan.


5.2 APLIKASI KAEDAH

  • Kaedah kemudaratn dihilangkan atau ditiadakan adalah sangat penting dalam kehidupan manusia.
  • Kemajuan sains teknologi dan kejuteraan banyak membantu kehidupan manusia agar menjadi lebih mudah, selesa, cepat dan melampaui norma kehidupan biasa.
  • Walaubagaimanapun,kemudaratan yang timbul setelah wujudnya kecanggihan-kecanggihan dalam bidang tersebut apabila penyalahgunaan timbul.
  • Teknologi dan kejuteraan sebenarnya dihasilkan untuk memudahkan dan meningkatkan kualiti kehidupan manusia tanpa mengabaikan pembangunan insan.
  • Justeru, perlunya etika, prinsip dan qawaid fiqhiyyah dalam perkara ini dengan berasaskan kepada etika tawhidik dan prinsip Syariah agar tidak disalahgunakan.
  • Dalam waktu yang sama, kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang setaraf dengannya.
  • Seseorang itu tidak boleh menghasilkan sesuatu yang sama bahayanya walaupun berbeza bentuk.Contohnya, seorang saintis telah menghasilkan produk yang memabukkan bagi menggantikan arak.
  • Hukumnya juga adalah haram kerana kedua-duanya mempunyai keburukan yang sama walaupun kaedah penghasilannya yang berbeza.



KESIMPULAN


   Berdasarkan kaedah fiqh tersebut, kesusahan ini juga menjelaskan kepada kita bahawa agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan dan kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan. Walaupun pada zahirnya dalam syariat Islam dan kehidupan seharian manusia mempunyai taklif yang juga berbentuk musyaqqah atau kesusahan seperti: kewajipan mencari rezeki dengan sepenuh tenaga dan kewajipan menunaikan tuntutan agama, namun sebenarnya itu bukan merupakan satu musyaqqah bagi manusia. Tuntutan taklif tersebut tidak dikira musyaqqah atau kesusahan kerana dari segi adat dan kebiasaaan tidak menjadi bebanan kepada manusia bahkan satu keperluan kepada mereka. Antara lain juga dalam syariat terdapat kesusahan yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan. Untuk itu, kesusahan tersebut tidak boleh menjadi sebab untuk mewujudkan kemudahan atau keringanan atau rukhsah. Sekiranya dalam hal tersebut dan semua perkara diberi rukhsah, sudah pasti manusia tidak akan hidupsempurna. Contohnya, sekiranya mereka tidak berusaha dan gigih mencari rezeki, mereka akan kepapaan. Sedangkan mencari rezeki itu adalah wajib kemudian barulah berserah kepada Allah.
    Selain itu, agama Islam adalah agama yang mudah. Islam memudahkan perkara yang kita anggap sebagai beban. Kaedah Fiqh yang keempat ini, kemudaratan mesti dihilangkan membuktikan bahawa Islam membantu kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan mudah. Islam menghalang kita melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri, orang lain dan alam sekitar. Kita hendaklah peka bahawa setiap apa yang ada dimuka bumi ini hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah S.W.T. Kita sebagai peminjam hendaklah memastikan bahawa kita menjaga apa yang kita pinjam daripada Allah S.W.T.
   


LAMPIRAN

    i. Buku/Majalah/Artikel
              Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali (2000), Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh, Kuala Lumpur:Pustaka Salam.
                  Ahmad Al-Zaqra’  (1983), Syarhu al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Beirut: Darul Ghurub al-Islami.
                  Ahmad Nadwi (1994), Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Damsyik: Percetakan Darul al-Qalam.

    
     ii. Internet
                   https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=10&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjUw63mi6fPAhVGpJQKHRCNC44QFghnMAk&url=http%3A%2F%2Fibn-mukhtar.blogspot.com%2F2011%2F06%2Fpemakaian-kaedah-kaedah-fiqh-di-dalam.html&usg=AFQjCNHJPLLs-TJab2xowznR6O2QxMpOjQ&sig2=8LNjc4VW_4Q0wmGpF9SRZg&bvm=bv.133700528,d.dGo

               https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwjUw63mi6fPAhVGpJQKHRCNC44QFggfMAA&url=http%3A%2F%2Fwww.slideshare.net%2Fcikmelly%2Fkaedah-fiqh&usg=AFQjCNFOF2ayK1R6vzhnbLK687--XjHAXw&sig2=larqjROWRm_1o_SV7SG0Vg&bvm=bv.133700528,d.dGo

                https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=4&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEwihgu_NjafPAhUCEpQKHYjzA1QQFgg3MAM&url=https%3A%2F%2Fhimaihuinsuka.files.wordpress.com%2F2011%2F11%2Ffiqh-muamalh.pptx&usg=AFQjCNGVI7LsvznEAFhoJhMBmOttwfZIuQ&sig2=feLWDUNceuQqO6KJ1WJKFw&bvm=bv.133700528,d.dGo

     iii. Gambar



1 comment:

  1. Lucky Club: Get the Best Online Casino Site for Slots - LuckyClub
    Lucky Club 카지노사이트luckclub is one of the most trusted online casino site in the world. The brand stands out from many other brands: slots, casino, live casino

    ReplyDelete